My PrEaCiOuS

My PrEaCiOuS

~ Me ~

~ Me ~
aRieY SyRei

Followers

'bout me part 2

your chinese name should be..
"Makino" - Meaning the sun
you bright and vibrant personality reflects your Chinese name.


1, 7, 8, 10, 24
The number 1 is about starting anew, independence, exploration of unexplored territory.
The number 7 is described as the number of God
The number 8 is a request that you follow your life purpose because within this lifetime you can finish with learning the lessons of the Earth. These people would find themselves naturally drawn to learning about Spiritual matters.
The number 10 indicates completion.
The number 24 symbolizes rewards, happiness, love, money, success and creativity. It also indicates your associations with people of high position and power. You may also exhibit a certain arrogance in love and in your success.

'bout me..

You are most like Belle. You are a lovely free-thinker who
likes to read and go on adventures.
You are not shy and not afraid to speak your mind,
especially in tight situations.
You are very compassionate and take care of those in need.
You can be stubborn, but you alwa...ys try to protect people you truly love.
You are also very patient towards others.
You love excitement and knowledge.
You don't care what people think of you

The Eyes of the World are for the people that have
a need to understand and be secure. They see the world as it is,
with all of its twists and turns.
The Eyes of the World are usually depicted by a middle aged person,
because that's when the optimism starts to fade, and knowledge begins.

You are a cheerful and optimistic person, this making you yellow
- a colour commonly associated with such happy things as bright sunshine

You are very flexible and can adapt to other
people's groups and situations.
You find friendship and acceptance to be of the up most importance.
You are not inclined to compete, however,
you are an encourager. You empathize with others easily.
You want to make earth a b...etter place.
You believe that anyone can win anything.
Eye contact is typically very important.
You are a smooth talker and enjoy physical touch.
You are an essential part of a group to work.
You are an encourager and keep the atmosphere
very uplifting and warm. Your values include: Love,
Morals, Optimism, Trust, Friends, Faith, Creativity,
Stability, People, Animals, Sex, Talking, and Relationships.
Your Strengths include: Pleasure, Listening, Communication, Counseling, Adaptability, and Energy. Your Aggravations include: Neglect, Gossip, Guilt, Salesmen, Work, Weight, Dishonesty, Dis-respectfulness, and Complaints.

Your inner fairy is the Water Fairy, Talise.
Your extremely emotional, and not afraid to show it.
When you see a sad movie, you cry.
When someone says something funny, you laugh LOUD.
You have a great sense of humor and are very understanding.
If your friend has a probl...em, you will listen
and try to help solve it. You have a go with the flow
attitude, but will stand up for something you strongly believe in.
You are smart and could be successful in just
about any career you pick.You love to be with friends.

Your Japanese name is CHIYOKO.
Your name means "child of 1000 generations" in Japanese.

Have Desire to try many things.
You Appears dainty and sweet on the outside,
but she tends to be eccentric. Would do anything
for the sake of your family happiness.
More chibi at : anime-chibis.blogspot.com

everyone have a star

shinning through the night sky,
sparkling over and over just to cheer everything up..
sacrifying itself for others..
so, make a wish upon your star..
make sure ur wish is purely from the bottom of your heart.

protecting the person,people whom are important to u..
i wish upon my star..that i could be much more stronger..
so that i could be strong enough protecting them
encouraging them and myself..

stars dedicated themselves to protect us during the darkness of the night
helping the moon much more than anyone ever imagine..
sometimes, it's hard to see the real you..
no one else could know more true things about you..
unless, for someone or somethings that were watching you whenever u didn't realize it
except for ur God..
we were been watching by all the stars..

it is true that stars only showed yp during night
but, did we realize that?
did we realize the stars were watching us?
stars are truely pure for each one of us in the world..
they remind us about our love ones..

i look up the night starry sky..
watching the sparkling stars..some didn't brightly sparkling but some..
shinning brightly as they were just arrived to duty-shinning the sky..
i have i thought in my mind..thinking..and thinking
i imagine the person that is important to me..
then, i speaks up..
i said everything that i always wanted to say..to that person
and you know what i fell??
i felt relief..
gladly..

'that's my star' i say..
'my star will always by my side, always support and always understand n watching over me'
and we didn't realize that they were protecting us..
in such many ways..
what i want u to do is..
believing in ur stars..
everyone have their own stars..
that represent their would-be-self
represent their pure heart and true self/heart

oringinally created by eira
starheart always..

believe in it (^-^)

Teens Life aka Hikayatnya Remaja 2

BAB 2 – BERMULANYA RANCANGAN TEENS LIFE.


Sementara itu,

Seorang pelajar lelaki sedang memerhatikan Eira dan Fezrull..


“Aien!! Tunggu sekejap..aku ada hal nak bagitau kau ni” pelajar lelaki itu menegur Aien setelah Aien melepasinya. Aien berpaling dan mencari-cari arah datangnya suara yang memanggilnya tadi..

“oh..Adham..ada apa?” Aien mula bersuara setelah pelajar lelaki itu menghampirinya.

“Syuwari la..jangan la panggil nama yang kedua..sebenarnya..aku..ingin pikat adik kau tu..tapi, aku takut kena reject la..agaknya camne ek lelaki yang dia suka?” pelajar yang bernama Syuwari Adham itu menjelaskan niatnya satu-persatu..


Aien hanya tersenyum..dia tidak menyangka bahawa ada juga pelajar lelaki yang terpikat dangan adik kembarnya yang bersifat tegas itu.


“oo..Eira ke? Betul la..saya rasa dia akan reject awak la..Lagipun perwatakan awak berlainan sangat dengan dia” kata Aien sedikit memerli Syuwari.

“yeke? Aien..jangan nak main-main..” jawab Syuwari yang sedar dirinya dimainkan oleh Aien.

“betul la..kenapa, tak percaya ke? Saya adalah kakak kembar Eira Tiara tau..saya tahu la..” Aien membalas kata-kata Syuwari.

“yela-yela..jadi boleh tak kau tolong aku pikat dia? Please..”

“erm..maafla..kalau adik saya tak sudi..saya tak nak la nak paksa dia pulak” kata Aien sedikit mengeluh.

“kalau macam tu, kau didik aku, didik aku jadi macam lelaki idaman Eira…boleh?” cadang Syuwari.


“saya rasa susahla..lagipun perwatakan awak dengan Eira pun da lain-lain..perwatakan awak macam…macam apa erk? Awakkan best student..berdisiplin, bertanggungjawab..jadi susahla nak tukar perwatakan awak tu…” jawab Aien dengan sedikit rasa kesal..

“boleh punya..cuba dulu..please Aien...” pujuk Syuwari.


Aien terkejut dengan perlakuan Syuwari Adham yang merayu kepadanya, lalu Aien tesenyum..dia menganggukkan kepalanya tanda setuju..


“kak! Nanti waktu tamat persekolahan hari ini, kita berkumpul di Green House erk..geng kita yang lain akan pergi juga..kita buat study group..beres?” Eira menuju ke arah mereka diikuti oleh Fezrull. Aien mengangguk tanda faham..

“Syuwari pun nak join juga boleh?” tiba-tiba Aien bersuara. Syuwari terperanjat lalu memandang wajah Eira yang selamba coolnya..

“boleh la..lagipun Fez mahu ikut jugak” Eira menjawab..


Aien dan Eira mempunyai rancangan mereka masing-masing..itulah sebabnya mereka mengajak Syuwari dan Fezrull menyertai mereka..masing-masing tidak mengetahui rancangan pasangan kembar tersebut..


Tamat waktu persekolahan,

“apa! Korang sebenarnya adalah sepupu? Patutla..tapi napa perangai korang lain-lain erk?” kata-kata Eira diberhentikan oleh Aien.


Setelah mereka semua berkumpul di Green House, Syuwari Adham dan Fezrull Heykal menyatakan bahawa mereka berdua merupakan sepupu..


“sudahla tu Eira..sekurang-kurangnya mereka memberitahu kita..” Aien menenangkan adiknya itu..


Beberapa minit kemudian,

“okeyla..Eira, Aien kitorang balik dulu..”Syarafina meminta diri untuk pulang mewakili kawan-kawannya yang lain..

“okey..jumpa esok, kita pergi tolong mak cik di bandar hari tu menjual..lagipun esokkan cuti sekolah” Eira mengingatkan kawan-kawannya itu.


Kawan-kawannya menganggukkan kepala tanda faham lalu pergi meninggalkan Green House. Kini, tinggallah Eira, Aien, Fezrull dan Syuwari di Green House tersebut..


“kitorang selalu pergi ke bandar untuk tolong mak cik di sana pada hari minggu..walaupun dia bukanlah mak cik kitorang, tapi kitorang da anggap dia macam saudara sendiri da” Aien tiba-tiba bersuara..

“kitorang jumpa mak cik tu ketika dia diganggu oleh samseng-samseng di sana..kitorang pun bantulah mak cik tu..mujurlah kitorang belajar ilmu mempertahankan diri dengan datuk aku..lagipun mak cik tu baru sahaja kehilangan seorang anak..sekarang dia hanya tinggal dengan anak tunggalnya sahaja..kitorang da janji dengan mak cik, setiap hari minggu kitorang akan pergi ke kedai dia untuk membantunya menjual di kedai runcitnya yang juga merupakan rumahnya..korang jangan salah faham pulak..aku saja je bagitau hal ni..tu pun kalau korang nak tau..” Eira menyambung penjelasan yang telah diberikan oleh Aien, sambil matanya masih tertumpu pada buku yang berada di hadapannya.

“Eira ni, kadang-kadang baik jugak kan..tapi kadang-kadang je la..kamu berdua nak ikut kitorang tak esok?” Aien mencelah.

“kitorang..erm..boleh jugak..lagipun esok kitorang free kan, Wari? Fezrull menjawab lalu bertanya kepada sepupunya, Syuwari.

“a’ah”

“Aien, camner kau boleh kenal Syuwari erk?” Eira tiba-tiba bertanya, matanya begitu tajam memerhatikan Aien.

“Aien hanya ingin membantu Syuwari memikat gadis idamannya saje…kenapa?” jawab Aien yang membiasakan dirinya menggunakan nama panggilan apabila berinteraksi dengan Eira memandangkan Eira tidak suka menggunakan perkataan ‘kakak’ atau dipanggil ‘adik’..tetapi mereka akan menggunakan perkataan-perkataan itu atas sebab-sebab tertentu..

“saja tanya..nak pikat gadis? Samala dengan Fez..tapi siapa ek Syuwari?” Eira bersuara dengan nada yang menandakannya berminat untuk mengetahui..

“itu..erm..rahsia..tak boleh bagitau..Fez, kau pulak siapa?” Syuwari mengalihkan pertanyaan kepada Fezrull, mukanya mula menjadi merah padam. Eira mula mengeluh apabila Syuwari enggan memberitahunya mengenai gadis yang dimasudkannya itu..

“kalau kau boleh rahsiakannya..aku pun boleh” Fezrull juga mahu merahsiakan tentang gadis idamannya.

“jadi kita sama-sama mempunyai tujuan yang sama la? Bagus jugak kalau kita bekerjasama..macam mana Eira, setuju?” Aien mencadangkan satu cadangan..

“erm..bagus jugak cadangan Aien tu..operasi Teens Life bermula!!” Eira begitu bersemangat setelah diberi rancangan oleh Aien.

“Teens Life?” Aien, Fezrull dan Syuwari bertanya dengan serentak.

“Apa? Tak sesuai ke nama tu? Bagus apa..Teens Life..kehidupan para remaja..macam kisah kita jugala..bolehla…” Eira mula berkelakuan seperti seorang gadis, sifat tegasnya hilang dalam sekelip mata sahaja..

“alaa..manjanya..si adik yang tomboy jadi manja cute sangat..” Fezrull memerli Eira. Eira kembali menjadi sepertinya..mukanya mula menunjukkan reaksi marah, tetapi disabarinya

“dah la tu, korang ni..selalu bergaduh la..” Syuwari memberhentikan pergaduhan mereka.

“kitorang bergaduh dahulu, lama-lama jadi sayang..” Fezrull masih mahu bergurau. Muka Eira mula menjadi merah.

“jangan nak mengada!!” Eira memarahi Fezrull lalu mahu memukulnya tetapi Fezrull sempat mengelak..


Semasa Eira dan Fezrull sedang bergaduh, Aien menghampiri Syuwari yang membisu dan seakan-akan terkejut setelah mendengar kata-kata terakhir Fezrull tadi.


“jangan la terasa..saya yakin Fezrull hanya bergurau..lagipun diakan sepupu awak” Aien cuba menenangkan fikiran Syuwari..

“aku tak terasa la..aku tau la Fez tu sepupu aku..aku faham sangat tentang sifat dia tu..tapi, cuba kau tengok diorang..walaupun baru je kenal..tapi mesra semacam..macam sudah lama kenal la..” Syuwari menceritakan apa yang bermain di lubuk fikirannya.

“alaa..bagi saya, itu sudah biasa…Eira memang cepat mesra dengan orang yang berpewatakan lebih kurang sama dengannya…Fezrullkan kebudak-budakkan macam Eira jugak..saya rasa sebab itulah mereka cepat rapat” Aien memberikan penjelasan..


Syuwari hanya mampu diam dan memerhatikan gelagat sepupunya dan Eira yang masih lagi bergaduh..dia tersenyum.


‘TOOK! TOOK! TOOK!’

Pintu bilik Eira diketuk, menyebabkannya terkejut.


“adik, boleh akak join sekali?..” Aien bersuara setelah pintu bilik dibuka oleh Eira.

Sememangnya mereka harus menggunakan nama gelaran seperti ‘kakak’, ‘adik’ apabila berada di rumah mereka. Aien memasuki bilik adiknya itu lalu duduk di atas katil. Eira menutup pintu biliknya lalu duduk di sebelah kakaknya.

“esok, kita akan memulakan operasi kita, kan?” Aien memulakan topik yang bakal mereka kongsikan pada malam itu. Selalunya, salah seorang akan pergi ke salah satu bilik untuk berbual.

“erm…tapi kita tak boleh lakukan operasi ni sama-sama..sebab akak mahu didik Syuwari menjadi lain, adik pulak mahu didik Fez menjadi lebih bertanggungjawab sikit..takut nanti tak lancar la pulak…” Eira memberikan cadangan..

“erm..betul jugak tu..kalau begitu, nanti akhir-akhirla kita lakukan bersama..setelah mereka berdua ada peningkatan..” Aien bersetuju..

“tak sabar rasanya..this is so exciting…mesti bestkan, akak?”


“Aien, Eira, turun..mari makan malam..kita makan bersama..” kedengaran seorang wanita memanggil mereka turun semasa mereka sedang asyik berbual..


Memandangkan rumah Aien dan Eira merupakan rumah banglo dua tingkat, maka rumah itu dibahagikan. Tingkat kedua iaitu, yang paling atas merupakan tingkat untuk bilik-bilik tidur samada untuk keluarga mahupun untuk tetamu..manakala, tingkat bawah merupakan tingkat untuk ruang tamu, ruang makan, perpustakaan mini serta lain-lain kemudahan.

Aien dan Eira menuju ke ruang makan untuk makan malam..


“kakak! Suapkan adik..” seorang budak perempuan berlari menuju ke arah Eira lalu memeluknya..

“okey, adik nak makan apa?” Eira mendukung budak tersebut sambil menuju ke meja makan..Eira kemudiannya meletakkan budak tersebut ke atas kerusi bersebelahan dengan kerusinya di meja makan.


Aien dan Eira merupakan anak kedua daripada 7 adik-beradik. Anak sulung juga merupakan pasangan kembar tetapi berlainan jantina, lelaki dan perempuan iaitu Ahmad Syafiqie dan Intan Syafiqa..sekarang mereka berdua menuntut di universiti di luar Negara. Anak yang ketiga merupakan pelajar darjah 6 yang bernama Syawal Aqasha manakala, anak yang keempat pula ialah yang paling rapat dengan Eira, Erin Erina. Dan anak yang bongsu merupakan yang paling rapat dengan Aien, Esya Aiesya.


Aien memerhatikan gelagat adik kembarnya yang begitu mesra bersama dengan Erin.


“alangkah baiknya jikalau, Eira kekalkan sifat itu walaupun ketika di sekolah…” Aien berkata sendirian.

“esok, kamu berdua mahu pergi ke bandarkah? Mama mahu kirim sesuatu kepada mak cik…” ibu Eira dan Aien yang lebih dikenali sebagai Mama Herlinda bekerja sebagai pembuat kek di kedai keknya.

“ya, mama…nanti Aien akan bawakan kiriman mama esok..” jawab Aien sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut Esya.

“baguslah kalau begitu..tapi sekali sekala luangkanlah masa kamu di rumah, bantu mama kamu di kedai keknya, paling tidakpun kamu membantu adik-adik kamu dalam pembelajaran..lagipun sekarang ni kamu berdualah yang paling sulung..kakak dan abang kamu pulang minggu depan, lambat lagi..kamu kenalah ada tanggungjawab sebagai kakak..” En. Shaari, bapa Aien dan Eira mula memberikan ceramah..

“baiklah papa, nanti esok selepas membantu mak cik kitorang balikla..” Eira mula bersuara.

“jemputlah kawan-kawan kamu sekali…ulangkaji di taman belakang rumah..lagipun, taman tu sunyi sangat semenjak kamu berdua selalu lepak di Green House tu..” En. Shaari mencelah. Aien dan Eira mengangguk tanda faham.

“adik pun nak ikut..adik nak pergi jalan-jalan dengan kakak..boleh tak papa?” Erin menghampiri papanya lalu memegang tangan papanya itu. En. Shaari tersenyum.

“adik mana boleh ikut..kan kakak mahu bekerja..nanti adik juga kan berasa bosan tunggu kakak lama sangat..lagipun kakak akan pulang awal dengan membawa kawan-kawannya” En. Shaari tidak membenarkan.

“uh..baiklah…” Erin terpaksa akur dengan keputusan papanya itu.

“nanti, akak belikan ais krim..” Eira cuba menceriakan adik kesayangannya itu. Wajah Erin kembali ceria, dia berlari menuju ke tempat Eira.

“Erin sayang kakak…” Erin menyatakannya sekuat yang mungkin.

“abang pun nak jugak..kakak ni terlalu manjakan Erin la…” Syawal merungut.


Eira dan Aien saling berpandangan..memandangkan mereka berdua adalah perempuan, maka mereka hanya rapat sedikit dengan adik-adik perempuan berbanding dengan adik lelaki. Syawal pula lebih rapat dengan papanya, En. Shaari sahaja.


“yela-yela, tak kan akak nak belikan untuk Erin saja..adik-adik akak yang lain macam mana..akak tak lupala..nanti kakak Eira belanja satu keluarga” Aien membuat penjelasan.


Syawal mula tersenyum..wajahnya yang muram bertambah ceria..En. Shaari dan Mama Herlinda geli hati menyaksikan gelagat anak-anaknya itu.


“la..kita pulak yang kena belanja…boleh..dengan syarat guna duit Aien..” Eira mula berdalih. Aien mula membuat beberapa mimik muka sebelum mula bersuara lagi.

“adik ni, campurkanlah duit-duit kita..lagi senang..” Aien memberikan idea. En. Shaari menggelang-gelengkan kepalanya..hal yang sekecil itupun anak kembarnya mahu bergaduh.


“aku rasa lebih baik kau pakai baju simple je esok” Eira bercakap menerusi handphonenya sambil duduk di atas katil di bilik tidurnya.

“tak apa ke? Lagipun ‘baju yang simple’ bagi aku semuanya aku rasa bukan taste Aien la..” Fezrull Heykal meminta pendapat Eira.

“tak apa..aku taula taste akak aku..esok kalau sempat kita pergi la beli baju baru kat kau..shopping..okeylah..aku dah nak tidur ni..TIDUR! esok bangun awal-awal..kita berkumpul di Green House…” sebelum sempat Eira mendengar apa yang ingin Fezrull katakan, dia memutuskan talian.


-------

"isyh budak ni..dia letak pulak..tapi, inilah kali pertama aku call budak perempuan. erm kenapa aku berani semacam dengan dia? macam dah lama kenal. isyh, apa aku merepek ni..takkan aku nak menduakan Aien pula" Fezrull bercakap sendirian di biliknya sambil menggaru-garukan kepala.

Teens Life aka Hikayatnya Remaja 1

BAB 1 - Detik – detik Pertemuan

AWAN yang terapung-apungan di langit sudah menjadi permandangan kegemaran seorang remaja perempuan di sebuah sekolah menengah. Setiap kali guru mengajar topik yang membosankan, mesti matanya akan tertumpu pada awan-awan di langit. Begitu asyik dia memerhati awan-awan tersebut.

“Eira!” gadis itu tersentak daripada keasyikannya setelah mendengar namanya dipanggil oleh seseorang. Dia memandang ke arah suara yang kedengaran memanggilnya sebentar tadi.

“Apa yang awak fikirkan? Dari tadi saya mengajar tetapi awak asyik memandang ke langit sahaja. Cuba tumpukan perhatian” rupa-rupanya yang memanggilnya tadi ialah guru yang sedang mengajar di dalam kelasnya.

“Maafkan saya cikgu” gadis yang bernama Eira Tiara itu berkata dengan muka yang merah padam.

Waktu rehat persekolahan,

“Apalah awak ni Eira..suka sangat memerhatikan awan-awan di langit tu..perangai saja macam tomboy..tapi hati awak ni ada juga unsur -unsur kewanitaan rupanya” kawan Eira yang bernama Syarafina sudah memang suka mengejeknya.

Biasanya Eira akan melepak bersama kawan-kawannya di kantin sekolah ketika waktu rehat persekolah atau waktu-waktu tertentu. Tempat yang biasanya menjadi tempat lepakan mereka adalah di Green House yang terdapat di belakang sekolah mereka. Ahli geng Eira kebanyakkannya lelaki, antaranya ialah Eyyo(nama samaran), Ad, Aniq dan Zaro. Manakala ahli geng perempuan ialah Syarafina, Deez serta kakak kembarnya sendiri.

“Ye la, betul cakap Fina tu..cubalah jadi macam kembar kau tu sikit..lemah-lembut, sopan santun…” tambah Eyyo..

“Aku tak nak jadi macam kembar aku la..sebab itu kitorang lain-lain perwatakan..lagipun wajah kitorang pun sudah lain sampaikan guru-guru pun tidak tahu bahawa kitorang ni adalah pasangan kembar” Eira menjelaskan.

“Wei Aniq, yang kau dari tadi senyap semacam tu..apa hal? Kalau ada masalah kongsila dengan kitorang” Zaro bersuara setelah ternampak Aniq sedang kusyuk membaca buku.

“Mana ada..bukankah bulan hadapan kita dah nak exam..korang tak apala tak belajar pun terutamanya si Eira..korang da cerdik” Aniq menjawab, matanya masih tertumpu pada buku yang dipegangnya.

“Cerdik? Ye la tu..jom kita pergi ke Green House boleh juga kita bantu Aniq nanti. Aniq kau jangan bimbangla..kitorang sedia bantu kau meningkatkan prestasi gred kau..betul tak geng?” Eira bersuara lalu tersenyum..kawan-kawannya juga tersenyum. Mereka berlalu ke Green House.

Di Green House,

“Wei, korang..sesiapa ada datang ke Green House kita pagi tadi tak?” tanya Eira.

“Rasanya kitorang belum datang lagi pagi tadi..kenapa?” jawab Deez mewakili kawan-kawannya yang lain.

“Habis…siapa yang siram pokok bunga kita di Green House ni? Nak kata pekerja sekolah, rasanya bukan..sebab kita saja yang ada kunci Green House ni” selesai sahaja Eira menerangkan apa yang bermain di fikirannya, mereka terdengar satu bunyi datang dari bahagian belakang Green House, mereka terus menuju ke situ.

“Aien! Ingatkan siapa tadi. Aien ke yang siram pokok-pokok bunga ni? Terima kasih banyak-banyak” Syarafina bersuara setelah ternampak Aien sedang menyiram pokok-pokok bunga di Green House tersebut.

“Fina, memangla saya yang siram..kalau nak harapkan si Eira..mati dahululah pokok-pokok ini semua” Aien seperti memerli Eira.

“Wei, Aien..aku baru nak siram pokok-pokok bunga ni..lagipun mana kau dapat kunci Green House ni?” Eira berkata dengan sedikit menengking.

“Wahai adik kembar kesayanganku..kakak kembarmu ini pun geng Green House juga..tentula saya ada kuncinya” giliran Aien pula untuk menjawab. Eira mula menunjukkan reaksi muka penuh dengan perasaan tidak puas hati.

Aien atau nama penuhnya Aien Qiela merupakan kakak kembar Eira Tiara. Aien dan Eira mempunyai perwatakan yang sangat berbeza. Aien merupakan seorang pelajar yang lemah-lembut, baik hati serta seorang yang pintar. Berlainan dengan perwatakan Eira yang seakan-akan seperti seorang lelaki, tetapi kadangkala dia akan menjadi lemah-lembut, terutamanya terhadap haiwan serta kanak-kanak.

“Wei korang, waktu rehat da nak tamat la..jom balik ke kelas, nanti waktu tamat persekolahan jangan lupa datang ke sini balik..kita buat study group” cadang Ad. Ad merupakan seorang yang mempunyai banyak idea dan pendapat. Pemikirannya sememangnya kreatif.

Semasa pembelajaran,

“wei, cepat la korang..kita harus pergi ke makmal ni..nanti lewat pula” Aniq menggesa-gesakan kawan-kawannya untuk ke Makmal Sains.

“Yela-yela, jomlah pergi..kau jugak yang terhegeh-hegeh” Zaro memang suka bergaduh dengan Aniq, dia akan memerlinya setiap kali Aniq menyatakan sesuatu yang benar.

“Dah la tu, korang ni suka bergaduh la..cubala jadi macam orang dewasa sikit..macam bebudak je” Eira memberhentikan pertelingkahan mereka dan terus berlalu ke makmal.

Semasa dalam perjalanan ke makmal,

Sedang asyik Eira dan kawan-kawannya berbual, seorang pelajar lelaki terlanggar Eira dan menyebabkan mereka berdua terjatuh..kawan-kawan Eira yang lain terkejut melihat situasi tersebut, mereka segera membantunya.

“Hey, mata kau letak kat mana hahh!? Minta maaf pun tidak!” pelajar lelaki itu mula bersuara setelah berdiri dengan sedikit menengking sambil mengibas-ngibaskan seluarnya.

“Apa? Kau pulak yang nak salahkan aku, kau ni memangla lelaki tak sedar diri! Siapa yang langgar siapa hhah!?” Eira menengking kembali kepada pelajar tersebut.

“Woi budak, tak padan dengan perempuan, perangai mengalahkan lelaki!” pelajar itu membalas tengkingan Eira. Eira mulai geram dengan sikap pelajar tersebut..

“Walaupun perangai aku macam lelaki, okeyla daripada perangai kau tu yang buat salah tetapi tak nak mengaku..macam ‘mamat nyah’ ” selepas sahaja memarahi pelajar tersebut sekali lagi, Eira terus berlalu dari situ sambil diikuti oleh kawan-kawannya.

Ada juga semasa Eira berjalan, dia sempat menjeling ke arah pelajar tersebut dengan wajah yang muram. Pelajar tersebut membalas jelingan tajam Eira dengan menjelirkan lidahnya.

****************

Aien dalam perjalanan dari tandas ke kelasnya, tiba-tiba seorang pelajar lelaki menegurnya.

“oh Fezrull, ada apa?” Aien mula bersuara setelah ditegur.

“Aien, aku nak cakap sikit dengan kau nie..boleh tak?” pelajar itu rupa-rupanya bernama Fezrull.

Mereka tidak menyedari bahawa ada beberapa pasang mata sedang memerhatikan mereka iaitu adik kembar Aien sendiri serta kawan-kawannya yang lain.

“Aku dah lama nak bagitau kau ni..erm, aku..dah lama suka kat kau. Harap kau sudi terima aku..kalau kau cakap tidak, aku terpaksala terima dan aku janji aku takkan kacau kau” Fezrull meluahkan isi hatinya kepada Aien..mukanya mulai menjadi merah padam kerana malu.

“oh..terima kasih…Fezrull, awak memang baik..kacak..tetapi, saya rasa saya bukannya gadis yang betul-betul pilihan awak..lagipun perwatakan kita pun dah lain-lain..sekarang ni saya nak tumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran dahulu..tahun depankan kita dah nak menjalani ujian PMR…” Aien membalas isi hati Fezrull bersertakan dengan senyuman.

“alaa..kesiannya kat ‘mamat nyah’..da kena reject la, geng..kesian kan? Tapi memang patut pun kau kena reject..patut sangat Aien buat macam tu kat kau..inilah balasan pasal tadi tau!” Eira menghampiri mereka sambil diikuti oleh kawan-kawannya.

“hoi budak tomboy! Kau jangan nak masuk campur la..tak malu punya budak!” Fezrull memarahi Eira.

“dah la tu..Fezrull, Eira..korang janganla bergaduh..korang ni..” Aien memberhentikan pergaduhan mereka lalu berlalu dari situ. Eira dan Fezrull memerhatikan Aien yang sedang berlalu dari situ..kemudian Eira terus berkata.

“Oo..nama kau Fezrull erk? Ingat! Kau jangan kacau Aien lagi..dia tu kakak kembar aku..faham!”

“kakak kembar? Woi Eira, kembar konon..bagaikan langit dan bumi tau tak..” Fezrull terus menjawab. “yela-yela, tapi kalau kau da terpikat kat dia dan kau mahu pikat dia..hanya aku saja yang tau lelaki idaman dia camner. Tapi kalau kau mahukan bantuan aku..merayulah dulu..” kata Eira sambil menjelirkan lidah kemudian terus berlalu dari situ.

Fezrull memerhatikan gerak-geri Eira yang sedang berlalu dari situ, Fezrull memikirkan sesuatu, lalu..

“woi..Eira, okey-okey..aku rasa aku perlukan bantuan kau..aku harap kau sudi tolong aku”

Eira memberhentikan langkahnya, dia memandang ke arah pelajar lelaki yang bernama Fezrull itu. Fezrull betul-betul kelihatan seperti merayu kepadanya. Dia tidak menyangka bahawa seorang lelaki yang kasar dan tegas sanggup merayu kepadanya untuk membantunya menjadi seperti lelaki idaman Aien. Eira tersenyum..

“okey..aku akan bantu kau..tapi ingat, Aien hanya sukakan lelaki yang berpewatakan seakan-akannya..” Eira sudi membantu Fezrull.

“thanks, by the way..aku Fezrull Heykal..just call me Fez..” Fezrull menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Eira. Eira kelihatan sedikit terperanjat..

“aku, Eira Tiara..” Eira menyambut salaman Fezrull sambil tersenyum..

some advise..

salam...
di sini ada bbrapa psanan..tp, bahasa english r..

somethings that hard to reach
no matter how we stretch

somethings would fade away
if we let them go

some people always try
to find these impossible things

but berfore they know it
they become lost..

so, just treasure what we had..
something that we had is more than enough than somethings that we wanted..

sayonara...

cerita in mengisahkan ttg seorg anak gadis yg bernama Airina Balqis. Airi, sejak kecil lg dpt mendengar suara2 spirits..dia juga berbakat dlm menyelesaikan masalah org..dia selalu membantu kwn2nya menyelesaikan masalah mrk...

smasa di sekolahnya, sedang asyik membantu kwnnya dlm menyelesaikan masalahnya..tanpa disedari, pengetua sekolah Airi terlihat akan kepintaran Airi menyelesaikan masalah yg dihadapi oleh para plajar..oleh sebab salah satu faktor kegagalan plajar dlm pelajaran adalah berkaitan dgn masalah peribadi, pengetua sekolah Airi memnta kebnaran pihak krajaan utk meletakkan Airi d bhagian agent government..Airi kini menjadi seorg agent rahsia...

pengetuanya membuatkan dirinya sering bertukar2 sekolah bg menyelesaikan msalah yg dhadapai oleh plajar..jikalau kesnya selesai, Airi akan berpindah semula ke sekolah asalnya...

suatu hari, Airi terpaksa ke suatu skolah bg menyelesaikan msalah2 yg dhadapi oleh plajar di sana..smsa sdg asyik menyelesaikan masalah plajar, ketua agentnya menghubunginya..tanpa dsedari, seorg bdak lelaki mendpt tahu ttg identitinya yg sebenr..Fadli Erfan yg lebih terkenal dgn nama panggilannya, Leo mngugut Airi utk mbritahu identitinya yg sbenar...
Airi terpaksa bkerja d Memory Cafe yg kepunyaan keluarga Leo..smasa brada d Cafe tersbut, Airi masih lg enggan utk bkerja d Cefe Leo..scara tak dsedari, Airi mbentu pasangan bercinta yg sdhpun bertunang menyelesaikan msalah mrk..semasa itu, Leo dan ayahnya memerhatikan segala yg berlaku..secara tak langsung ayah Leo mengambil Airi sebg anak angkatnya dan bkerja bersmanya d Cafe tersebut..

hidup Airi tunggang langgang akibat oleh usikan dan perlakuan Leo..Leo suka mgusiknya..
smasa d Cafe Leo juga, Airi tlah terjumpa dgn seekor kucing yg aneh..bulunya berwarna hitam-kelabu dan didadanya terdapat satu tanda yg aneh berupa 2 bulan sabit yg diterbalikkan..kucing itu dnamakan Nade sempena watak crite karton kegemarannya. Nade merubah dirinya yg slama ini hanya dpt mendegr suara spirit kpd boleh melihat spirit..Nade juga adalah spirit jelmaan yg menyamai dirinya sbg kucing..Nade asalnya smasa dia masih hidup adalah seorg gadis yg baik..dia mninggal akibat barah...Nade byk mmbantu Airi dlm menyelsaikan masalah yg dhadapi plajar..

dpt bab2 yg terkandung ddlm criter ni, Airi akan menemui para remaja yg seusia dgnnya yg juga m'punyai kelebihan tersdri..Leo juga mrupakan salah seorg drpd mrk..
kelebihan2 yg diperoleh oleh kwn2 Airi..
Airi-can see spirit, can read people's mind.
Leo-can feel something that going to happen or happened,can make alectromagnet wave

?-can hear what impposible for everyone else
?-can feel the thing that he touch
?-can manage the times, see what's going to happen or past
?-can see something that far or impossible for someone else
?-can contact with other directly and quickly using his sense.

mmndangkan criter ni dkategorikan sgb criter adventure..jd, special ability kenalah canggih2..
lgpun, sya masih mngusahakan Teens Life..citer ini blum siap..
sayonara, masih blum start..krn i'm still working on Teens Life..
i'm enjoying writing stories..a lot...

wish me luck k...

Teens Life

cerita ni mengisahkan ttg 2 org psangan kembar yg berlainan perwatakan & wajah..

Eira Tiara & Aien Qiela mrupakan ketua bg kumpulan Green House.



Fezrull & Syuwari adalah sepupu telah jatuh hati kepada psangan kembar tersebut...

pada mulanya. Fezrull jatuh hati mepada Aien, & telah mengakuinya kpd Aien ttpi malang dirinya direject..dengan bantuan Eira, Fezrull dididik untuk menjadi sprti seorang lelaki idaman Aien..manakala, Syuwari pula terpikat dengan Eira.. Walaupun gadis yang bersikap tomboy ini terkenal dgn ketomboyannya..namun ada juga lelaki yg suka akan dirinya..

oleh sebab Syuwari takut akan dirinya direject oleh Eira, jadi dia mminta pertolongan dr Aien utk mendidiknya menjadi seperti lelaki idaman Eira.
Aien & Eira mempunyai ramai kwn lelaki berbnding perempuan..
Eyyo, Ad, Aniq, Zaro termasuklah Syuwari dan Fezrull merupakan kwn lelaki mrk..
manakala, kwn perempuan mrk adalah..Deez dan Syarafina..

Eira dan Aien m'punyai msuh ttap yg mrupakan kumpulan samseng Dickyon..
konflik berlaku apabila Dickyon mula mengacau geng Eira..

cinta Fezrull dan Syuwari pula beralih arah..
apakah yg akan berlaku stelah Eira hilang ingatannya menyebabkan dirinya perwatakan sprt gadis yg lemah lembut..
ikuti cerita hasil tangan saya sendri..InsyaAllah..akan saya terbitkan d blog ini..sekian..

muram

seorg sahabat bnama Hafzan kerungsingan mlihat rknnya Arshad yg dri tdi bermuram shaja. lalu Hafzan mengutarakan bbrapa soalan kpd Arshad bgi mdptkan penjelasan ttg apa yg tlh berlaku kpd Arshad.

Hafzan : mengapa kau klihatan muram je hari ni?

Arshad : kedua ibu bapaku memarahi aku sepanjang hari..

Hafzan : mengapa mereka marahkan kau?

Arshad : kata mereka sebb aku bermuram spanjang hari.

Kuala LUmpur

seorg gadis yg berpakaian seksi & berambut perang tlh duduk di tmpat duduk klas pertama sebuah kapal terbang yg akn blepas ke Kuala LUmpur. lalu, seorg pramugari menyapanya...

pramugari : cik, tmpt duduk cik d blakang sana sbb tiket cik utk kelas ekonomi.

gadis : eh, awk siapa yg nk paksa sy duduk d sana, gadis cntik mcm sy xlayak duduk d blakang sana, faham x?

tengking gadis seksi itu dlm nada suara yg tinggi. kecewa dgn sikap pnumpang itu, pramugari trus memberitau ketuanya.

pramugari : cik kene pindah ke klas ekonomi krn tmpat duduk ini utk penumpang lain.

gadis : awk ni pn satu, takkan saya nk duduk d blakang kot tgk orglah!!

oleh krn tiada pilihan lain, mereka trpaksa mmbritahu kapten & beliau tlh membisikkan sesuatu ke tlinga gadis tersebut. bbrapa ketika, gadis itu bgun & duduk d tmpat yg sepatutnya dia duduk. lalu pramugari btanya kpd kaptennya, apa yg tlh dibisikkan kpd gadis tersebut. lalu kaptennya dgn selamba menjawab....

kapten : sy mmbritahu dia, klas pertama x mendarat d Kuala Lumpur, itu sahaja....