shinning through the night sky,
sparkling over and over just to cheer everything up..
sacrifying itself for others..
so, make a wish upon your star..
make sure ur wish is purely from the bottom of your heart.
protecting the person,people whom are important to u..
i wish upon my star..that i could be much more stronger..
so that i could be strong enough protecting them
encouraging them and myself..
stars dedicated themselves to protect us during the darkness of the night
helping the moon much more than anyone ever imagine..
sometimes, it's hard to see the real you..
no one else could know more true things about you..
unless, for someone or somethings that were watching you whenever u didn't realize it
except for ur God..
we were been watching by all the stars..
it is true that stars only showed yp during night
but, did we realize that?
did we realize the stars were watching us?
stars are truely pure for each one of us in the world..
they remind us about our love ones..
i look up the night starry sky..
watching the sparkling stars..some didn't brightly sparkling but some..
shinning brightly as they were just arrived to duty-shinning the sky..
i have i thought in my mind..thinking..and thinking
i imagine the person that is important to me..
then, i speaks up..
i said everything that i always wanted to say..to that person
and you know what i fell??
i felt relief..
gladly..
'that's my star' i say..
'my star will always by my side, always support and always understand n watching over me'
and we didn't realize that they were protecting us..
in such many ways..
what i want u to do is..
believing in ur stars..
everyone have their own stars..
that represent their would-be-self
represent their pure heart and true self/heart
oringinally created by eira
starheart always..
believe in it (^-^)
everyone have a star
Teens Life aka Hikayatnya Remaja 2
BAB 2 – BERMULANYA RANCANGAN TEENS LIFE.
Sementara itu,
Seorang pelajar lelaki sedang memerhatikan Eira dan Fezrull..
“Aien!! Tunggu sekejap..aku ada hal nak bagitau kau ni” pelajar lelaki itu menegur Aien setelah Aien melepasinya. Aien berpaling dan mencari-cari arah datangnya suara yang memanggilnya tadi..
“oh..Adham..ada apa?” Aien mula bersuara setelah pelajar lelaki itu menghampirinya.
“Syuwari la..jangan la panggil nama yang kedua..sebenarnya..aku..ingin pikat adik kau tu..tapi, aku takut kena reject la..agaknya camne ek lelaki yang dia suka?” pelajar yang bernama Syuwari Adham itu menjelaskan niatnya satu-persatu..
Aien hanya tersenyum..dia tidak menyangka bahawa ada juga pelajar lelaki yang terpikat dangan adik kembarnya yang bersifat tegas itu.
“oo..Eira ke? Betul la..saya rasa dia akan reject awak la..Lagipun perwatakan awak berlainan sangat dengan dia” kata Aien sedikit memerli Syuwari.
“yeke? Aien..jangan nak main-main..” jawab Syuwari yang sedar dirinya dimainkan oleh Aien.
“betul la..kenapa, tak percaya ke? Saya adalah kakak kembar Eira Tiara tau..saya tahu la..” Aien membalas kata-kata Syuwari.
“yela-yela..jadi boleh tak kau tolong aku pikat dia? Please..”
“erm..maafla..kalau adik saya tak sudi..saya tak nak la nak paksa dia pulak” kata Aien sedikit mengeluh.
“kalau macam tu, kau didik aku, didik aku jadi macam lelaki idaman Eira…boleh?” cadang Syuwari.
“saya rasa susahla..lagipun perwatakan awak dengan Eira pun da lain-lain..perwatakan awak macam…macam apa erk? Awakkan best student..berdisiplin, bertanggungjawab..jadi susahla nak tukar perwatakan awak tu…” jawab Aien dengan sedikit rasa kesal..
“boleh punya..cuba dulu..please Aien...” pujuk Syuwari.
Aien terkejut dengan perlakuan Syuwari Adham yang merayu kepadanya, lalu Aien tesenyum..dia menganggukkan kepalanya tanda setuju..
“kak! Nanti waktu tamat persekolahan hari ini, kita berkumpul di Green House erk..geng kita yang lain akan pergi juga..kita buat study group..beres?” Eira menuju ke arah mereka diikuti oleh Fezrull. Aien mengangguk tanda faham..
“Syuwari pun nak join juga boleh?” tiba-tiba Aien bersuara. Syuwari terperanjat lalu memandang wajah Eira yang selamba coolnya..
“boleh la..lagipun Fez mahu ikut jugak” Eira menjawab..
Aien dan Eira mempunyai rancangan mereka masing-masing..itulah sebabnya mereka mengajak Syuwari dan Fezrull menyertai mereka..masing-masing tidak mengetahui rancangan pasangan kembar tersebut..
Tamat waktu persekolahan,
“apa! Korang sebenarnya adalah sepupu? Patutla..tapi napa perangai korang lain-lain erk?” kata-kata Eira diberhentikan oleh Aien.
Setelah mereka semua berkumpul di Green House, Syuwari Adham dan Fezrull Heykal menyatakan bahawa mereka berdua merupakan sepupu..
“sudahla tu Eira..sekurang-kurangnya mereka memberitahu kita..” Aien menenangkan adiknya itu..
Beberapa minit kemudian,
“okeyla..Eira, Aien kitorang balik dulu..”Syarafina meminta diri untuk pulang mewakili kawan-kawannya yang lain..
“okey..jumpa esok, kita pergi tolong mak cik di bandar hari tu menjual..lagipun esokkan cuti sekolah” Eira mengingatkan kawan-kawannya itu.
Kawan-kawannya menganggukkan kepala tanda faham lalu pergi meninggalkan Green House. Kini, tinggallah Eira, Aien, Fezrull dan Syuwari di Green House tersebut..
“kitorang selalu pergi ke bandar untuk tolong mak cik di sana pada hari minggu..walaupun dia bukanlah mak cik kitorang, tapi kitorang da anggap dia macam saudara sendiri da” Aien tiba-tiba bersuara..
“kitorang jumpa mak cik tu ketika dia diganggu oleh samseng-samseng di sana..kitorang pun bantulah mak cik tu..mujurlah kitorang belajar ilmu mempertahankan diri dengan datuk aku..lagipun mak cik tu baru sahaja kehilangan seorang anak..sekarang dia hanya tinggal dengan anak tunggalnya sahaja..kitorang da janji dengan mak cik, setiap hari minggu kitorang akan pergi ke kedai dia untuk membantunya menjual di kedai runcitnya yang juga merupakan rumahnya..korang jangan salah faham pulak..aku saja je bagitau hal ni..tu pun kalau korang nak tau..” Eira menyambung penjelasan yang telah diberikan oleh Aien, sambil matanya masih tertumpu pada buku yang berada di hadapannya.
“Eira ni, kadang-kadang baik jugak kan..tapi kadang-kadang je la..kamu berdua nak ikut kitorang tak esok?” Aien mencelah.
“kitorang..erm..boleh jugak..lagipun esok kitorang free kan, Wari? Fezrull menjawab lalu bertanya kepada sepupunya, Syuwari.
“a’ah”
“Aien, camner kau boleh kenal Syuwari erk?” Eira tiba-tiba bertanya, matanya begitu tajam memerhatikan Aien.
“Aien hanya ingin membantu Syuwari memikat gadis idamannya saje…kenapa?” jawab Aien yang membiasakan dirinya menggunakan nama panggilan apabila berinteraksi dengan Eira memandangkan Eira tidak suka menggunakan perkataan ‘kakak’ atau dipanggil ‘adik’..tetapi mereka akan menggunakan perkataan-perkataan itu atas sebab-sebab tertentu..
“saja tanya..nak pikat gadis? Samala dengan Fez..tapi siapa ek Syuwari?” Eira bersuara dengan nada yang menandakannya berminat untuk mengetahui..
“itu..erm..rahsia..tak boleh bagitau..Fez, kau pulak siapa?” Syuwari mengalihkan pertanyaan kepada Fezrull, mukanya mula menjadi merah padam. Eira mula mengeluh apabila Syuwari enggan memberitahunya mengenai gadis yang dimasudkannya itu..
“kalau kau boleh rahsiakannya..aku pun boleh” Fezrull juga mahu merahsiakan tentang gadis idamannya.
“jadi kita sama-sama mempunyai tujuan yang sama la? Bagus jugak kalau kita bekerjasama..macam mana Eira, setuju?” Aien mencadangkan satu cadangan..
“erm..bagus jugak cadangan Aien tu..operasi Teens Life bermula!!” Eira begitu bersemangat setelah diberi rancangan oleh Aien.
“Teens Life?” Aien, Fezrull dan Syuwari bertanya dengan serentak.
“Apa? Tak sesuai ke nama tu? Bagus apa..Teens Life..kehidupan para remaja..macam kisah kita jugala..bolehla…” Eira mula berkelakuan seperti seorang gadis, sifat tegasnya hilang dalam sekelip mata sahaja..
“alaa..manjanya..si adik yang tomboy jadi manja cute sangat..” Fezrull memerli Eira. Eira kembali menjadi sepertinya..mukanya mula menunjukkan reaksi marah, tetapi disabarinya
“dah la tu, korang ni..selalu bergaduh la..” Syuwari memberhentikan pergaduhan mereka.
“kitorang bergaduh dahulu, lama-lama jadi sayang..” Fezrull masih mahu bergurau. Muka Eira mula menjadi merah.
“jangan nak mengada!!” Eira memarahi Fezrull lalu mahu memukulnya tetapi Fezrull sempat mengelak..
Semasa Eira dan Fezrull sedang bergaduh, Aien menghampiri Syuwari yang membisu dan seakan-akan terkejut setelah mendengar kata-kata terakhir Fezrull tadi.
“jangan la terasa..saya yakin Fezrull hanya bergurau..lagipun diakan sepupu awak” Aien cuba menenangkan fikiran Syuwari..
“aku tak terasa la..aku tau la Fez tu sepupu aku..aku faham sangat tentang sifat dia tu..tapi, cuba kau tengok diorang..walaupun baru je kenal..tapi mesra semacam..macam sudah lama kenal la..” Syuwari menceritakan apa yang bermain di lubuk fikirannya.
“alaa..bagi saya, itu sudah biasa…Eira memang cepat mesra dengan orang yang berpewatakan lebih kurang sama dengannya…Fezrullkan kebudak-budakkan macam Eira jugak..saya rasa sebab itulah mereka cepat rapat” Aien memberikan penjelasan..
Syuwari hanya mampu diam dan memerhatikan gelagat sepupunya dan Eira yang masih lagi bergaduh..dia tersenyum.
‘TOOK! TOOK! TOOK!’
Pintu bilik Eira diketuk, menyebabkannya terkejut.
“adik, boleh akak join sekali?..” Aien bersuara setelah pintu bilik dibuka oleh Eira.
Sememangnya mereka harus menggunakan nama gelaran seperti ‘kakak’, ‘adik’ apabila berada di rumah mereka. Aien memasuki bilik adiknya itu lalu duduk di atas katil. Eira menutup pintu biliknya lalu duduk di sebelah kakaknya.
“esok, kita akan memulakan operasi kita, kan?” Aien memulakan topik yang bakal mereka kongsikan pada malam itu. Selalunya, salah seorang akan pergi ke salah satu bilik untuk berbual.
“erm…tapi kita tak boleh lakukan operasi ni sama-sama..sebab akak mahu didik Syuwari menjadi lain, adik pulak mahu didik Fez menjadi lebih bertanggungjawab sikit..takut nanti tak lancar la pulak…” Eira memberikan cadangan..
“erm..betul jugak tu..kalau begitu, nanti akhir-akhirla kita lakukan bersama..setelah mereka berdua ada peningkatan..” Aien bersetuju..
“tak sabar rasanya..this is so exciting…mesti bestkan, akak?”
“Aien, Eira, turun..mari makan malam..kita makan bersama..” kedengaran seorang wanita memanggil mereka turun semasa mereka sedang asyik berbual..
Memandangkan rumah Aien dan Eira merupakan rumah banglo dua tingkat, maka rumah itu dibahagikan. Tingkat kedua iaitu, yang paling atas merupakan tingkat untuk bilik-bilik tidur samada untuk keluarga mahupun untuk tetamu..manakala, tingkat bawah merupakan tingkat untuk ruang tamu, ruang makan, perpustakaan mini serta lain-lain kemudahan.
Aien dan Eira menuju ke ruang makan untuk makan malam..
“kakak! Suapkan adik..” seorang budak perempuan berlari menuju ke arah Eira lalu memeluknya..
“okey, adik nak makan apa?” Eira mendukung budak tersebut sambil menuju ke meja makan..Eira kemudiannya meletakkan budak tersebut ke atas kerusi bersebelahan dengan kerusinya di meja makan.
Aien dan Eira merupakan anak kedua daripada 7 adik-beradik. Anak sulung juga merupakan pasangan kembar tetapi berlainan jantina, lelaki dan perempuan iaitu Ahmad Syafiqie dan Intan Syafiqa..sekarang mereka berdua menuntut di universiti di luar Negara. Anak yang ketiga merupakan pelajar darjah 6 yang bernama Syawal Aqasha manakala, anak yang keempat pula ialah yang paling rapat dengan Eira, Erin Erina. Dan anak yang bongsu merupakan yang paling rapat dengan Aien, Esya Aiesya.
Aien memerhatikan gelagat adik kembarnya yang begitu mesra bersama dengan Erin.
“alangkah baiknya jikalau, Eira kekalkan sifat itu walaupun ketika di sekolah…” Aien berkata sendirian.
“esok, kamu berdua mahu pergi ke bandarkah? Mama mahu kirim sesuatu kepada mak cik…” ibu Eira dan Aien yang lebih dikenali sebagai Mama Herlinda bekerja sebagai pembuat kek di kedai keknya.
“ya, mama…nanti Aien akan bawakan kiriman mama esok..” jawab Aien sambil menyuapkan makanan ke dalam mulut Esya.
“baguslah kalau begitu..tapi sekali sekala luangkanlah masa kamu di rumah, bantu mama kamu di kedai keknya, paling tidakpun kamu membantu adik-adik kamu dalam pembelajaran..lagipun sekarang ni kamu berdualah yang paling sulung..kakak dan abang kamu pulang minggu depan, lambat lagi..kamu kenalah ada tanggungjawab sebagai kakak..” En. Shaari, bapa Aien dan Eira mula memberikan ceramah..
“baiklah papa, nanti esok selepas membantu mak cik kitorang balikla..” Eira mula bersuara.
“jemputlah kawan-kawan kamu sekali…ulangkaji di taman belakang rumah..lagipun, taman tu sunyi sangat semenjak kamu berdua selalu lepak di Green House tu..” En. Shaari mencelah. Aien dan Eira mengangguk tanda faham.
“adik pun nak ikut..adik nak pergi jalan-jalan dengan kakak..boleh tak papa?” Erin menghampiri papanya lalu memegang tangan papanya itu. En. Shaari tersenyum.
“adik mana boleh ikut..kan kakak mahu bekerja..nanti adik juga kan berasa bosan tunggu kakak lama sangat..lagipun kakak akan pulang awal dengan membawa kawan-kawannya” En. Shaari tidak membenarkan.
“uh..baiklah…” Erin terpaksa akur dengan keputusan papanya itu.
“nanti, akak belikan ais krim..” Eira cuba menceriakan adik kesayangannya itu. Wajah Erin kembali ceria, dia berlari menuju ke tempat Eira.
“Erin sayang kakak…” Erin menyatakannya sekuat yang mungkin.
“abang pun nak jugak..kakak ni terlalu manjakan Erin la…” Syawal merungut.
Eira dan Aien saling berpandangan..memandangkan mereka berdua adalah perempuan, maka mereka hanya rapat sedikit dengan adik-adik perempuan berbanding dengan adik lelaki. Syawal pula lebih rapat dengan papanya, En. Shaari sahaja.
“yela-yela, tak kan akak nak belikan untuk Erin saja..adik-adik akak yang lain macam mana..akak tak lupala..nanti kakak Eira belanja satu keluarga” Aien membuat penjelasan.
Syawal mula tersenyum..wajahnya yang muram bertambah ceria..En. Shaari dan Mama Herlinda geli hati menyaksikan gelagat anak-anaknya itu.
“la..kita pulak yang kena belanja…boleh..dengan syarat guna duit Aien..” Eira mula berdalih. Aien mula membuat beberapa mimik muka sebelum mula bersuara lagi.
“adik ni, campurkanlah duit-duit kita..lagi senang..” Aien memberikan idea. En. Shaari menggelang-gelengkan kepalanya..hal yang sekecil itupun anak kembarnya mahu bergaduh.
“aku rasa lebih baik kau pakai baju simple je esok” Eira bercakap menerusi handphonenya sambil duduk di atas katil di bilik tidurnya.
“tak apa ke? Lagipun ‘baju yang simple’ bagi aku semuanya aku rasa bukan taste Aien la..” Fezrull Heykal meminta pendapat Eira.
“tak apa..aku taula taste akak aku..esok kalau sempat kita pergi la beli baju baru kat kau..shopping..okeylah..aku dah nak tidur ni..TIDUR! esok bangun awal-awal..kita berkumpul di Green House…” sebelum sempat Eira mendengar apa yang ingin Fezrull katakan, dia memutuskan talian.
"isyh budak ni..dia letak pulak..tapi, inilah kali pertama aku call budak perempuan. erm kenapa aku berani semacam dengan dia? macam dah lama kenal. isyh, apa aku merepek ni..takkan aku nak menduakan Aien pula" Fezrull bercakap sendirian di biliknya sambil menggaru-garukan kepala.
