BAB 1 - Detik – detik Pertemuan
AWAN yang terapung-apungan di langit sudah menjadi permandangan kegemaran seorang remaja perempuan di sebuah sekolah menengah. Setiap kali guru mengajar topik yang membosankan, mesti matanya akan tertumpu pada awan-awan di langit. Begitu asyik dia memerhati awan-awan tersebut.
“Eira!” gadis itu tersentak daripada keasyikannya setelah mendengar namanya dipanggil oleh seseorang. Dia memandang ke arah suara yang kedengaran memanggilnya sebentar tadi.
“Apa yang awak fikirkan? Dari tadi saya mengajar tetapi awak asyik memandang ke langit sahaja. Cuba tumpukan perhatian” rupa-rupanya yang memanggilnya tadi ialah guru yang sedang mengajar di dalam kelasnya.
“Maafkan saya cikgu” gadis yang bernama Eira Tiara itu berkata dengan muka yang merah padam.
Waktu rehat persekolahan,
“Apalah awak ni Eira..suka sangat memerhatikan awan-awan di langit tu..perangai saja macam tomboy..tapi hati awak ni ada juga unsur -unsur kewanitaan rupanya” kawan Eira yang bernama Syarafina sudah memang suka mengejeknya.
Biasanya Eira akan melepak bersama kawan-kawannya di kantin sekolah ketika waktu rehat persekolah atau waktu-waktu tertentu. Tempat yang biasanya menjadi tempat lepakan mereka adalah di Green House yang terdapat di belakang sekolah mereka. Ahli geng Eira kebanyakkannya lelaki, antaranya ialah Eyyo(nama samaran), Ad, Aniq dan Zaro. Manakala ahli geng perempuan ialah Syarafina, Deez serta kakak kembarnya sendiri.
“Ye la, betul cakap Fina tu..cubalah jadi macam kembar kau tu sikit..lemah-lembut, sopan santun…” tambah Eyyo..
“Aku tak nak jadi macam kembar aku la..sebab itu kitorang lain-lain perwatakan..lagipun wajah kitorang pun sudah lain sampaikan guru-guru pun tidak tahu bahawa kitorang ni adalah pasangan kembar” Eira menjelaskan.
“Wei Aniq, yang kau dari tadi senyap semacam tu..apa hal? Kalau ada masalah kongsila dengan kitorang” Zaro bersuara setelah ternampak Aniq sedang kusyuk membaca buku.
“Mana ada..bukankah bulan hadapan kita dah nak exam..korang tak apala tak belajar pun terutamanya si Eira..korang da cerdik” Aniq menjawab, matanya masih tertumpu pada buku yang dipegangnya.
“Cerdik? Ye la tu..jom kita pergi ke Green House boleh juga kita bantu Aniq nanti. Aniq kau jangan bimbangla..kitorang sedia bantu kau meningkatkan prestasi gred kau..betul tak geng?” Eira bersuara lalu tersenyum..kawan-kawannya juga tersenyum. Mereka berlalu ke Green House.
Di Green House,
“Wei, korang..sesiapa ada datang ke Green House kita pagi tadi tak?” tanya Eira.
“Rasanya kitorang belum datang lagi pagi tadi..kenapa?” jawab Deez mewakili kawan-kawannya yang lain.
“Habis…siapa yang siram pokok bunga kita di Green House ni? Nak kata pekerja sekolah, rasanya bukan..sebab kita saja yang ada kunci Green House ni” selesai sahaja Eira menerangkan apa yang bermain di fikirannya, mereka terdengar satu bunyi datang dari bahagian belakang Green House, mereka terus menuju ke situ.
“Aien! Ingatkan siapa tadi. Aien ke yang siram pokok-pokok bunga ni? Terima kasih banyak-banyak” Syarafina bersuara setelah ternampak Aien sedang menyiram pokok-pokok bunga di Green House tersebut.
“Fina, memangla saya yang siram..kalau nak harapkan si Eira..mati dahululah pokok-pokok ini semua” Aien seperti memerli Eira.
“Wei, Aien..aku baru nak siram pokok-pokok bunga ni..lagipun mana kau dapat kunci Green House ni?” Eira berkata dengan sedikit menengking.
“Wahai adik kembar kesayanganku..kakak kembarmu ini pun geng Green House juga..tentula saya ada kuncinya” giliran Aien pula untuk menjawab. Eira mula menunjukkan reaksi muka penuh dengan perasaan tidak puas hati.
Aien atau nama penuhnya Aien Qiela merupakan kakak kembar Eira Tiara. Aien dan Eira mempunyai perwatakan yang sangat berbeza. Aien merupakan seorang pelajar yang lemah-lembut, baik hati serta seorang yang pintar. Berlainan dengan perwatakan Eira yang seakan-akan seperti seorang lelaki, tetapi kadangkala dia akan menjadi lemah-lembut, terutamanya terhadap haiwan serta kanak-kanak.
“Wei korang, waktu rehat da nak tamat la..jom balik ke kelas, nanti waktu tamat persekolahan jangan lupa datang ke sini balik..kita buat study group” cadang Ad. Ad merupakan seorang yang mempunyai banyak idea dan pendapat. Pemikirannya sememangnya kreatif.
Semasa pembelajaran,
“wei, cepat la korang..kita harus pergi ke makmal ni..nanti lewat pula” Aniq menggesa-gesakan kawan-kawannya untuk ke Makmal Sains.
“Yela-yela, jomlah pergi..kau jugak yang terhegeh-hegeh” Zaro memang suka bergaduh dengan Aniq, dia akan memerlinya setiap kali Aniq menyatakan sesuatu yang benar.
“Dah la tu, korang ni suka bergaduh la..cubala jadi macam orang dewasa sikit..macam bebudak je” Eira memberhentikan pertelingkahan mereka dan terus berlalu ke makmal.
Semasa dalam perjalanan ke makmal,
Sedang asyik Eira dan kawan-kawannya berbual, seorang pelajar lelaki terlanggar Eira dan menyebabkan mereka berdua terjatuh..kawan-kawan Eira yang lain terkejut melihat situasi tersebut, mereka segera membantunya.
“Hey, mata kau letak kat mana hahh!? Minta maaf pun tidak!” pelajar lelaki itu mula bersuara setelah berdiri dengan sedikit menengking sambil mengibas-ngibaskan seluarnya.
“Apa? Kau pulak yang nak salahkan aku, kau ni memangla lelaki tak sedar diri! Siapa yang langgar siapa hhah!?” Eira menengking kembali kepada pelajar tersebut.
“Woi budak, tak padan dengan perempuan, perangai mengalahkan lelaki!” pelajar itu membalas tengkingan Eira. Eira mulai geram dengan sikap pelajar tersebut..
“Walaupun perangai aku macam lelaki, okeyla daripada perangai kau tu yang buat salah tetapi tak nak mengaku..macam ‘mamat nyah’ ” selepas sahaja memarahi pelajar tersebut sekali lagi, Eira terus berlalu dari situ sambil diikuti oleh kawan-kawannya.
Ada juga semasa Eira berjalan, dia sempat menjeling ke arah pelajar tersebut dengan wajah yang muram. Pelajar tersebut membalas jelingan tajam Eira dengan menjelirkan lidahnya.
Aien dalam perjalanan dari tandas ke kelasnya, tiba-tiba seorang pelajar lelaki menegurnya.
“oh Fezrull, ada apa?” Aien mula bersuara setelah ditegur.
“Aien, aku nak cakap sikit dengan kau nie..boleh tak?” pelajar itu rupa-rupanya bernama Fezrull.
Mereka tidak menyedari bahawa ada beberapa pasang mata sedang memerhatikan mereka iaitu adik kembar Aien sendiri serta kawan-kawannya yang lain.
“Aku dah lama nak bagitau kau ni..erm, aku..dah lama suka kat kau. Harap kau sudi terima aku..kalau kau cakap tidak, aku terpaksala terima dan aku janji aku takkan kacau kau” Fezrull meluahkan isi hatinya kepada Aien..mukanya mulai menjadi merah padam kerana malu.
“oh..terima kasih…Fezrull, awak memang baik..kacak..tetapi, saya rasa saya bukannya gadis yang betul-betul pilihan awak..lagipun perwatakan kita pun dah lain-lain..sekarang ni saya nak tumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajaran dahulu..tahun depankan kita dah nak menjalani ujian PMR…” Aien membalas isi hati Fezrull bersertakan dengan senyuman.
“alaa..kesiannya kat ‘mamat nyah’..da kena reject la, geng..kesian kan? Tapi memang patut pun kau kena reject..patut sangat Aien buat macam tu kat kau..inilah balasan pasal tadi tau!” Eira menghampiri mereka sambil diikuti oleh kawan-kawannya.
“hoi budak tomboy! Kau jangan nak masuk campur la..tak malu punya budak!” Fezrull memarahi Eira.
“dah la tu..Fezrull, Eira..korang janganla bergaduh..korang ni..” Aien memberhentikan pergaduhan mereka lalu berlalu dari situ. Eira dan Fezrull memerhatikan Aien yang sedang berlalu dari situ..kemudian Eira terus berkata.
“Oo..nama kau Fezrull erk? Ingat! Kau jangan kacau Aien lagi..dia tu kakak kembar aku..faham!”
“kakak kembar? Woi Eira, kembar konon..bagaikan langit dan bumi tau tak..” Fezrull terus menjawab. “yela-yela, tapi kalau kau da terpikat kat dia dan kau mahu pikat dia..hanya aku saja yang tau lelaki idaman dia camner. Tapi kalau kau mahukan bantuan aku..merayulah dulu..” kata Eira sambil menjelirkan lidah kemudian terus berlalu dari situ.
Fezrull memerhatikan gerak-geri Eira yang sedang berlalu dari situ, Fezrull memikirkan sesuatu, lalu..
“woi..Eira, okey-okey..aku rasa aku perlukan bantuan kau..aku harap kau sudi tolong aku”
Eira memberhentikan langkahnya, dia memandang ke arah pelajar lelaki yang bernama Fezrull itu. Fezrull betul-betul kelihatan seperti merayu kepadanya. Dia tidak menyangka bahawa seorang lelaki yang kasar dan tegas sanggup merayu kepadanya untuk membantunya menjadi seperti lelaki idaman Aien. Eira tersenyum..
“okey..aku akan bantu kau..tapi ingat, Aien hanya sukakan lelaki yang berpewatakan seakan-akannya..” Eira sudi membantu Fezrull.
“thanks, by the way..aku Fezrull Heykal..just call me Fez..” Fezrull menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Eira. Eira kelihatan sedikit terperanjat..
“aku, Eira Tiara..” Eira menyambut salaman Fezrull sambil tersenyum..
0 comments:
Post a Comment
i'll do anything to help..(^-^)